Sabtu, 24 Juli 2010

Sabtu, 15 Mei 2010

Selamat Hari Guru- Engkau adalah jutawan Akhirat





Disebut Hadith Shahih, riwayat Abi Qatadah ra., Nabi saw, bersabda :

إذا مات الإنسان إنقطع عنه عمله إلا من ثلاثة إلا من صدقة جارية أو علم ينفع به أو ولدٍ صالح يدعو له

Apabila meninggal dunia seorang insane, maka putuslah semua amal iabadahnya terkecuali tiga (3) perkara, pertama, sedoqah jariyah, kedua, ilmu yang bermanfaat dan ketiga, anak sholeh yang selalu mendoa’kan akan ibubapanya. Dalam hadith yang lain, علمٌ يُعمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ “ilmu yang diberikan setelah diberikannya”.

j-QAF SKTAM mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru/tenaga pengajar di SE-MALAYSIA dan seluruh dunia.

Andalah yang telah memberi ilmu yang berguna kepada kami. Semoga apa yang diberikan kepada kami diberkati oleh Allah sehingga hari Kiamat. Moga kami sebagai guru ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawap dan amanah Allah swt.

Andalah sebenarnya jutawan. Iaitu JUTAWAN AKHIRAT.

Terimalah Sajak

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

Kamis, 13 Mei 2010

TEMA HARI GURU 2010

Tema Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa"Boleh download lagu tema hari guru ini"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" untuk mendengar lagu tema hari guru sila Klik pada tema di atas.

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Dan Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kesejahteraan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Rakyat
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1975 Guru Dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains Dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Ahlan wa sahlan

Assalamulaikum wbt .. Ahlan Wasahlan blog j-QAF SKTAM